Tuesday, 10 April 2012

dOa.....


biNgkisAn dOa.....


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.
Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah,.....

Monday, 6 February 2012

sOlAt qAsAr & jAma'


Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat  yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua  rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh  diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
      “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu  tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika  kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah  kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”  
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 


1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri  daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua  marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4  Syarat Solat Qasar
      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh  syara’.
      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada  dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.\


1.5  Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana  Allah Taala)



 Solat Jama'

2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar  dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar  dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam  waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratulihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

      i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
      ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.  

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan  kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


2.3.2  Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan  kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan  kepada Asar tunai kerana Allah Taala)


ReSepi KeJayAan......



  1. SOLAT tengah malam
  2.  Menghafal al-Quran
  3.  Amalan puasa sunat Isnin dan Khamis
  4.  Membanyakkan ibadah sunat
  5.  Menjauhkan diri daripada riak
  6. Menggabungkan sistem pendidikan duniawi dan ukhrawi serta reda dengan ujian Allah.

Friday, 3 February 2012

25 Wasiat Luqman Hakim Kepada Anaknya....


Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu: 


1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.



2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.



3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.



4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.



5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.