Sunday, 29 January 2012

rUkUn isLam

SALAM UKUWAH SEMUA....

HaRi iNi kitA sEmUa akAn bElajAr meNgEnAi rUkuN isLam ...


rUkUn iSlam ada 5 pErkAra : 


  • Mengucap dua kalimah syahadat
sesorang yang hendak menganut agama islam hendaklah mengucap dua kalimat syahadat. Dua Kalimah Syahadah adalah asas ajaran Islam. Syahadat Pertama  menuntut kita agar mentauhidkan Allah (ikhlas).  Syahadat Kedua pula  menuntut kita agar mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
  • Mendirikan sembahyang lima waktu
Umat islam Diwajibkan mendirikan sembahyang lima waktu sehari iaitu zuhur , asar , maghrib , isya dan subuh .
  • Mengeluarkan zakat
Umat islam diwajibkan mengeluarkan zakat Jumlah harta tertentu yang yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang mencukupi syarat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak menerimanya.
  • Berpuasa di bulan ramadhan
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang disertai niat dan syarat- syarat tertentu.
  • Mengerjakan haji
Kewajipan mengerjakan haji bagi setiap umat islam yang cukup syarat satu kali seumur hidup

dAh sOlat ? kEnapa mAsih lagi bErbuAt dOsA...


"Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"


Setiap hari kita menunaikan solat lima waktu. Tapi kenapa kita masih lagi melakukan banyak dosa walaupun bukan kita yang tergolong dalam perbuatan yang keji dan mungkar.

 Kita masih mengumpat.  Kita  masih lagi sering membuang masa dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah .  Kita  juga sering bercakap kasar sekiranya sedang marah .

Tapi kita semua kena  yakin, Allah tidak pernah memungkiri janji.

"Tidakkah kau menyedari, apakah agaknya lagi perbuatan yang lebih teruk dari itu yang mungkin kau lakukan sekiranya kau tidak menunaikan solat..."


Peringatan untuk diri kita semua yang sering lupa,
"Jangan berputus asa dalam mengabdikan diri kepada Allah. Tanpa kau sedari langkah demi langkah, kau kian hampir kepadaNya..."

Ya ALLAH, jangan KAU palingkan RahmatMu dari hambaMu yang kerap leka ini....

25 rAsul


Friday, 20 January 2012

rUkUn imAn 6 pErkAra



RUKUN IMAN ADA ENAM PERKARA :

 ( 1 ) bErimAn kEpAda ALLAH
 ( 2 ) bErimAn kEpAda MALAIKAT
 ( 3 ) bErimAn kEpAda KITAB
 ( 4 ) bErimAn kEpAda RASUL
 ( 5 ) bErimAn kEpAda HARI KIAMAT
 ( 6 ) bErimAn kEpAda QADA' & QADAR

bErwUdhUk dEngAn niAt





*Ketika berkumur-kumur, berniatlah........

 "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"

 (hari2 cakap benda2 yang tak berfaedah)

*Ketika membasuh muka, berniatlah.........

 "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, jgnlah kau hitamkan muka ku ini"
 (ahli syurga mukanya putih berseri-seri)

*Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah........

 "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini"
 (ahli syurga diberikan hisab-hisab di tangan kanan)

*Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah.........

 "Ya Allah, jgnlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini"
 (ahli neraka akan mendapat hisab dgn tgn kiri)

*Ketika membasuh kepala, berniatlah........

"Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang mahsyar dgn ArasyMu"
(kepanasan padang mahsyar sejengkal matahari di atas kepala)

*Ketika membasuh telinga, berniatlah.........

"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini"
(hari-hari mendengar orang mengumpat dan menfitnah)

*Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah.......

"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas"
(ahli syurga melintasi titian dengan pantas)

*Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah........

"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke surau-surau, masjid-masjid dan bukan ke tempat-tempat  maksiat"
(qada' dan qadar kita di tangan Allah)

*Selepas itu, bacalah doa selepas wudhu' dan menyebut AL-MUHAYMIN berulang-ulang, semoga kita   mendapat keberkatan di dunia dan akhirat...Amin.....

Monday, 16 January 2012

mAkna imAn...



Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman
(إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam Surah At-Taubah ayat 62 yang bermaksud:

"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."


Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Sunday, 15 January 2012

pErgAulan lelAki & pErempUan dAlam islAm

BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM ISLAM

Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut Islam :

1. Menundukkan pandangan

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)

2. Menutup Aurat

ALLAH berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(An-Nur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.

Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan

Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)