Thursday, 29 December 2011

adAb bErsAma gUru



Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..


  1.  Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2.  Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3.  Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5.  Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6.  Jangan mengumpat pelajar lain.
  7.  Jangan berbisik di hadapan guru.
  8.  Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9.  Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Tuesday, 27 December 2011

KATA-KATA HUKAMAK


Antara perangkap syaitan ialah:
Derhaka dengan nikmat Allah
Angkuh dengan pemberian Allah
Sombong kepada hamba hamba Allah

Dalam pertarungan politik
Kemenangan bukan bererti benar
Kekalahan bukan bererti salah. 

Jagalah lidah mu sebelum ia melukakan hati orang
Jagalah tingkah laku mu sebelum ia membinasakan diri sendiri.

Janganlah mendongak ke langit kerana angkuh
Atau tunduk ke bumi kerana putus asa.
Berhati hati lah semasa berbicara,
kerana lidah itu juga bolih tergigit pada bila bila masa.

Apabila engkau bersabar akan timbul kekuatan dalam diri mu dan memperolihi pahala
Tetapi jika engkau berkeluh kesah
Ia akan menimbulkan kelemahan.


Ilmu itu kekuasaan pertama
Benda itu kekuasaan kedua
Ada emas semua kemas
Ada wang semua sayang
Ada padi semua menjadi

Jangan lah hendaknya kecintaan mu terhadap sesuatu membuat kamu menjadi lupa
Dan kebencian mu terhadap sesuatu itu membuatkan kamu hancur.

Jika kamu berada dalam majlis jamuan hendaklah menjaga perangai
di rumah orang menjaga mata
dalam solat menjaga hati
dan dalam pergaulan menjaga lidah.

Monday, 26 December 2011

adAb bErsAmA iBu bApa





adAb bErsAmA iBu bApa.....

  1. Taat kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syara’.
  2. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
  3. Bertutur bersama mereka dengan penuh beradab.
  4. Segera menjawab panggilan mereka.
  5. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan ).
  6. Mendoakan keampunan bagi mereka.
  7. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.
  8. Selalu menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia disamping menghadiahkan kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya.
  9. Memohon kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat.
  10. Berbincang dengan mereka setiap masalah yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.





Wednesday, 21 December 2011

dOa sEnjAta orAng mUkmin








بسم الله الرحمن الرحيم


dOa sEnjAta orAng mUkmin....





Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.





DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:





Tuesday, 20 December 2011

SifAt mAhmUdAh vS sifAt mAzmUmAh



SifAt mAhmUdAh vS sifAt mAzmUmAh




"Baik, masing-masing sudah bersedia dengan pen dan kertas?" Tanya seorang penceramah dalam salah satu program yang kami ikuti.

"Em..! " kami mengangguk..

" Baik, sekarang saya nak kamU semua listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mazmumah yang kamu tahu dalam masa 1 minit.."

Aku cepat-cepat menuliskan sifat-sifat mazmumah yang terlintas difikiranku. Banyak, hampir 10 yang dapat aku listkan..

( Hubb addunya, Hubb al-mal, pemarah, tamak, kedekut, 'ujub, sombong, tak ingat mati, pentingkan diri....)

"Dah?? " tanya penceramah.

"Sudah..." Kami menyahut serentak, sambil menanti arahan seterusnya.

" Baik, sekarang listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mahmudah dalam masa 1 minit .." beliau mengeluarkan arahan.

Dengan kemas aku genggam pen dan menulis secepat mungkin.. Aku cuba mengintai-ngintai jawapan rakanku, manalah tahu mereka dapat listkan lebih banyak daripada aku. Aku tak mahu kalah, aku nak tulis sebanyak mungkin.. Aku masih ingat lagi dulu aku pernah belajar 10 "sifat-sifat Mahmudah" dam 10 "sifat-sifat mazmumah" sewaktu darjah 6 di Sekolah Agama.

( Sabar, Redha, Tawakkal, Qanaah, Ikhlas, Peramah, Rajin, syukur...dll)

Thursday, 15 December 2011

kAsAr tApAk tAngAn iBukU







ibU...oH ibU


Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."
Pengurus itu  bertanya lagi, "Jadi  adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

sEorAng insAn bErnAmA tEmAn

sAhABatkU....











Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa ❤ Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji ❤ Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna Hakikatnya...~ ❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga ❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga ❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka ❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT ❤ Dia juga MANUSIA ❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama...

My bLoG...


AlhAmdulillAh...bErjAya jUga sy mEnghAsilkAn blOg ne....12.33A.M