SifAt mAhmUdAh vS sifAt mAzmUmAh
"Baik, masing-masing sudah bersedia dengan pen dan kertas?" Tanya seorang penceramah dalam salah satu program yang kami ikuti.
"Em..! " kami mengangguk..
" Baik, sekarang saya nak kamU semua listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mazmumah yang kamu tahu dalam masa 1 minit.."
Aku cepat-cepat menuliskan sifat-sifat mazmumah yang terlintas difikiranku. Banyak, hampir 10 yang dapat aku listkan..
( Hubb addunya, Hubb al-mal, pemarah, tamak, kedekut, 'ujub, sombong, tak ingat mati, pentingkan diri....)
"Dah?? " tanya penceramah.
"Sudah..." Kami menyahut serentak, sambil menanti arahan seterusnya.
" Baik, sekarang listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mahmudah dalam masa 1 minit .." beliau mengeluarkan arahan.
Dengan kemas aku genggam pen dan menulis secepat mungkin.. Aku cuba mengintai-ngintai jawapan rakanku, manalah tahu mereka dapat listkan lebih banyak daripada aku. Aku tak mahu kalah, aku nak tulis sebanyak mungkin.. Aku masih ingat lagi dulu aku pernah belajar 10 "sifat-sifat Mahmudah" dam 10 "sifat-sifat mazmumah" sewaktu darjah 6 di Sekolah Agama.
( Sabar, Redha, Tawakkal, Qanaah, Ikhlas, Peramah, Rajin, syukur...dll)